Pre-Launch E-Commerce Course are now available! Register Now

Polisi & Privasi

Siapa Kami?

Kelas Design adalah sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan atas talian yang menawarkan perkhidmatan kelas / tutorial berkenaan dengan Graphic Design, UI UX Design dan Web Development . Website rasmi Kelas Design adalah https://kelasdesign.my. Kelas Design adalah Online Class / Tutorial Provider.

Privacy Policy

Privasi anda adalah keutamaan kami. Kelas Design tidak akan mengambil segala data yang anda kumpul dari prospek atau pelanggan anda untuk dijual kepada pihak ketiga. Kesemua data yang anda kumpul akan kekal jadi milik anda.

Walau bagaimanapun, data yang anda kumpulkan berhak digunakan oleh Kelas Design sekiranya diminta oleh pihak penguasa seperti Polis, Cyber Security Malaysia, Mahkamah, dan lain-lain pihak yang terlibat.

Cookies

Kami akan menyimpan Cookies anda maxima selama setahun atau kurang untuk menjadikan User Experience anda lebih baik ketika menggunakan sistem ini. Apabila anda Log In, kami akan menyimpan beberapa data Cookies anda.

Payment

Bayaran Kelas Design adalah mengikut bulanan (membership). Anda boleh cancel bila-bila masa yang anda mahukan. Anda boleh berhenti melanggan ke semua kelas yang ditawarkan melalui dashboard anda.

Jadual Kelas

Kelas yang ditawarkan adalah dalam bentuk online, jadi anda boleh akses bila-bila masa sahaja. Pengajar akan muatnaik video setiap hari atau setiap major update untuk membantu anda.

Refund

Kami tidak menawarkan khidmat Refund setelah transaksi berjaya. Kami sedaya upaya akan membantu anda menguasai bidang yang kami tawarkan. Sekiranya anda tidak yakin dengan kursus berbayar, anda boleh hadir ke kursus percuma kami dahulu.

Membership

Anda tidak akan dapat akses ke kursus / kelas yang anda sertai sekiranya membership anda telah tamat. Untuk mengaktifkan membership anda, hanya perlu klik pada kursus yang telah tamat tempoh dan ikut arahan seterusnya. Semua data-data anda tidak dibuang sekiranya membership tamat. Maksima penyimpanan data adalah selama 6 bulan. Jika anda tidak aktifkan membership anda yang telah tamat lebih dari 6 bulan, data anda secara automatik akan dibuang dari server.

Updates

Kelas Design menawarkan video update kepada setiap kursus yang kami tawarkan. Selagi mana anda mempunyai membership dalam Kelas Design, anda akan menerima update ini secara percuma. Maksud lifetime update adalah selagi Kelas Design wujud, selagi itu anda akan terima update ini.

Affiliates

Sila rujuk page affiliate Kelas Design dengan klik pada hyperlink ini : Affiliate Area

Polisi & Privasi ini berkuatkuasa mulai 10 April 2020.

Update : 8 Jun 2020